Xiaomi Redmi 5A Mendarat Di Pasaran Malaysia, Berharga RM399

Pada acara pembukaan rasmi Mi Store di IOI City Mall hari ini, Mi Malaysia turut mengambil kesempatan melancarkan sebuah model bajet dikenali sebagai Xiaomi Redmi 5A.

Peranti kelas permulaan ini ditawarkan pada harga yang agak murah iaitu RM399 serta dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya.

Dengan harga serendah itu, apa yang boleh anda dapat?



  • Skrin paparan 5 inci berdefinisi tinggi

  • Snapdragon 425

  • RAM 2GB

  • Storan dalaman 16GB

  • Sokongan memori tambahan MikroSDĀ  sehingga 128GB

  • Kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP

  • Slot untuk dwi kad sim

  • Bateri 3000mAh

  • Android Nougat


Spesifikasinya hampir sama dengan keluaran terdahulu, yakni Redmi 4A tetapi perbezaan ketara dapat dilihat dari segi kapasiti bateri (Redmi 4A-3120mAh), dan sistem operasi (Redmi 4A- Android Marshmallow).