Xiaomi Redmi 4A Dengan Storan 32GB Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM469

Lagi berita tentang Xiaomi, Mi Malaysia kini menawarkan potongan harga kepada model Redmi 4A dengan storan 32GB kepada RM469.

Pada awal pelancarannya ke dalam pasaran Malaysia bulan Mac yang lalu, ia dijual pada harga RM509. Pengumuman penurunan harga jualan telah dibuat akaun Mi Malaysia dan ia hadir dengan 2 warna pilihan iaitu...

  • Kelabu, dan

  • Emas.


Berikut merupakan spesifikasi ringkas Redmi 4A:

  • RAM 2GB dan Storan dalaman 32GB

  •  Seberat 131.5g

  • 3120 mAh battery

  • Snapdragon 425

  • Skrin paparan berukuran 5 inci

  • Kamera utama 13MP dan kamera Swafoto 5MP

  • Dwi Sim


Pembelian boleh dibuat secara atas talian di Mi Store Lazada.

Baca juga - Mi Max 2 Dan Mi 6 Sudah Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah – Harga Bermula Dari RM1199

Sumber: Mi Malaysia