Xiaomi Play - Satu Lagi Siri Baru Xiaomi Bakal Dilancarkan Bulan Ini

Xiaomi terkenal sebagai sebuah syarikat yang menawarkan telefon berkuasa tinggi dengan harga yang mampu milik. Antara model yang mencuri tumpuan ramai pada tahun ini pastinya model keluaran sub-jenama mereka, Pocophone F1(Poco F1).

Peranti berkenaan muncul sebagai telefon dengan cip Snapdragon 845 termurah pada tahun ini dan ia sangat terkenal terutamanya dikalangan peminat permainan video mudah alih.

Mungkin atas faktor kejayaan model tersebutlah, Xiaomi memilih untuk menghasilkan satu lagi siri baharu iaitu Xiaomi Play. Ia dilaporkan bakal diperkenalkan secara rasmi pada satu tarikh diantara 17 Disember hingga 24 Disember ini.



Namun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai peranti pertama dibawah siri ini. Dalam pada itu, timbul ura-ura mengatakan ia sebenarnya adalah Pocophone yang dijenamakan semula bagi pasaran China.

Baca juga: (Ulasan) Pocophone F1 – Telefon Pintar Paling “Pailang” 2018

Jika benar, ia mungkin akan mengecewakan peminat Xiaomi di seluruh dunia memandangkan mereka mungkin sedang mengharapkan peranti dengan Snapdragon 855 pertama dari Xiaomi pada siri ini.

Mala, siri ini juga dikatakan hanya akan menfokuskan pasaran China sahaja sekaligus menguatkan dakwaan berkenaan. Apa-apa pun kita tunggu maklum balas rasmi dari pihak Xiaomi dalam masa terdekat ini.

 

Sumber: Weibo