Xiaomi Perkenalkan Mi 8, Mi 8 SE & Mi Band 3 Di China

Xiaomi Mi 8

Xiaomi baru sahaja melancarkan peranti utama mereka untuk tahun ini, Xiaomi Mi 8 yang akan menjadi pertaruhan mereka menentang peranti-peranti utama lain. Xiaomi terkenal dengan cara pemasaran menawarkan peranti berspesifikasi tinggi dengan harga yang lebih rendah,



Mereka juga memang dikenali untuk mengikuti setiap langkap apa yang Apple Inc buat untuk peranti iPhone mereka dan Mi 8 tidak terkecuali untuk dibandingkan dengan iPhone X.

Kedudukan takuk yang sama, pengecaman wajah 3D(Explorer), kedudukan kamera utama yang sama dan itu merupakan beberapa perkara yang mirip antara Mi 8 dan iPhone X.

Yang membezakan antara dua peranti tersebut adalah harga. Xiaomi Mi 8 akan mula dijual pada awal Jun di China pada harga permulaan RM 1, 600 ($421) berbanding iPhone X yang ditawarkan pada harga RM 4, 857.

Mi 8 juga telah diangkat oleh DxOMark dengan penarafan keseluruhan 99 markah, sama seperti apa yang diberi untuk peranti Galaxy S9 Plus.



Spesifikasi lain untuk Mi 8 adalah :































CPU Qualcomm Snapdragon 845
Paparan 6.21-inch OLED
Memori (RAM/ROM) 6GB/64GB,128GB,256GB
Kamera Utama f/1.8 12MP Sony IMX 363 + f/2.4 12MP Samsung Telefoto
Kamera Hadapan f/2.0 Dengan AI Beautify
Bateri 3400mAh
OS MIUI 10

Xiaomi Mi 8 SE

Xiaomi juga menawarkan pilihan yang lebih murah dengan Mi 8 SE.



Mi 8 SE hadir dengan pengenalan cip Qualcomm terbaru, Snapdragon 710 yang disasarkan untuk peranti kelas pertengahan. Mi 8 SE juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan skrin paparan yang baik kerana Xiaomi telah menggunakan panel OLED untuk peranti ini.

Antara spesifikasi Xiaomi Mi 8 SE adalah:































CPU SD 710
Paparan 5.88-inci OLED
Memori(RAM/ROM) 4,6GB/64GB
Kamera Utama 12MP+5MP telefoto
Kamera Hadapan 20MP + AI Beautify
Bateri 3120mAh
OS MIUI 10

Harga yang ditawarkan untuk Xiaomi Mi 8 SE adalah bermula RM 1,119 untuk varian paling rendah.

Xiaomi Mi 8 (Explorer Edition)



Untuk mereka yang mahu membelanjakan lebih wang, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition boleh dimiliki anda. Peranti ini mempunyai spesifikasi yang lebih baik dari Mi 8 tetapi dengan beberapa penambah baikan.

Peranti ini akan menggunakan sistem nyahkunci yang mirip seperti iPhone X yang menggunakan sensor 3D untuk membuat model wajah pengguna.

Ruang memori juga akan menggunakan RAM sebesar 8GB dan juga ROM sebesar 128GB.

Dengan beberapa penambahan, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition akan dijual dengan harga bermula RM 2,300 dan akan dijual pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Mi Band 3

Xiaomi tidak ketinggalan untuk memperkenalkan barangan elektronik pengguna di dalam majlis mereka dengan Mi Band 3.



Mi Band 3 akan menggunakan panel 0.78-inci OLED untuk skrin paparan dan sambungan Bluetooth 4.2. Ia akan dikuasakan dengan bateri 1100mAh dan cip NFC yang membolehkan pembayaran tanpa wang tunai.

Mi Band 3 akan dijual dengan harga RM 103 untuk varian dengan tanpa NFC dan RM 123 untuk varian dengan NFC.