Xiaomi Perkenalkan 4 Model Terbaru Peti Sejuk Mijia

Berharga dari CNY 999 (sekitar RM590.00).


Tidak berhenti setakat model televisyen pintar, Xiaomi kini mengembangkan lagi kategori produk mereka untuk ditawarkan pada pengguna.

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan 4 model terbaru peti sejuk pintar di bawah jenama Mijia untuk pasaran China.

Model peti sejuk pintar Mijia didatangkan dalam 4 kapasiti berbeza iaitu 160L, 210L, 483L dan 486L. Manakala pilihan pintu adalah 2, 3 dan 4 pintu.



Bagi model premium Mijia, ia dilengkapi dengan panel antaramuka pada pintu bagi memudahkan pengguna monitor dan menetapkan suhu berbeza mengikut seksyen, bersesuaian dengan barangan yang disimpan di dalam peti sejuk tersebut.

Berikut adalah harga peti sejuk Mijia mengikut variasi yang ditawarkan:-

  • 160 litres (dua pintu): CNY 999 (RM590)

  • 210 litres (tiga pintu): CNY 1599 (RM946)

  • 483 litres (dua pintu): CNY 2999 (RM1775)

  • 486 litres (empat pintu): CNY 1999 (RM1183)


Buat masa ini, peti sejuk Mijia ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja. Belum ada makluman adakah ia akan dipasarkan ke negara lain ataupun tidak.

Sumber: GizmoChina