Xiaomi Perkenal Teknologi RAMDISK Untuk Tingkatkan Prestasi Ketika Bermain Permainan

Semakin lama, RAM dalam telefon pintar semakin tinggi. Lebih-lebih lagi telefon gaming ada yang mencapai sehingga RAM 16GB.

Xiaomi kini telah memperkenalkan teknologi RAMDISK yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dalam aplikasi dan juga permainan.

RAMDISK secara mudahnya menggunakan RAM sebagai storan. Teknologi ini bukanlah mahu menambah storan disebabkan storan dalaman yang tidak mencukupi.

Sebaliknya, ia menggunakan kelajuan RAM sebagai kelajuan untuk mengakses data.

Ini adalah disebabkan kelajuan akses RAM adalah jauh lebih pantas berbanding storan dalaman telefon pintar.

Untuk RAMDISK ini, Xiaomi telah membuat mod percubaan kepada pengguna Mi 10 Ultra. RAM pada telefon ini adalah 16GB LPDDR5.

Kapsyen: Xiaomi Mi 10 Ultra


Manakala kelajuan RAM tersebut pula adalah 44GB/s berbanding kelajuan storan dalamannya yang hanya 1.7GB/s baca dan 0.75GB/s tulis.

Buat masa ini, lebih dari 10 permainan yang menyokong ciri RAMDISK. Antaranya adalah QQ Speed, Glory of the King, dan Peace Elite.

Mungkin pada masa akan datang, Xiaomi akan menambah senarai model yang akan menyokong ciri ini.

Dari: Gizmochina