Xiaomi Perkenal Mi A3 Dilengkapi Snapdragon 665 Dengan Bateri 4030mAh

Setelah beberapa siri khabar angin, Xiaomi akhirnya melancarkan peranti dalam siri A mereka iaitu Mi A3.

Menjalankan sistem operasi Android One,  Mi A3 tampil dengan paparan OLED beresolusi 720 x 1560p tidak seperti Mi A2 dan Mi A2 Lite yang mempunyai paparan 1080p.

 



Bahagian dalam pula dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 665 yang digandingkan bersama RAM 4GB serta pilihan ruang simpanan 64GB/128GB. Menguatkan lagi penawaran adalah penggunaan sensor imbasan cap jari pada paparan, bicu audio 3.5mm dan bateri berkapasiti 4030mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Namun begitu, ia hanya dibekalkan dengan pengecas 10W.



Bagi sistem kamera pula, Mi A3 mempertaruhkan tiga kamera, kombinasi antara lensa 48MP sensor utama, 8MP sensor ultra lebar, 2MP depth. Sensor 32MP pula bertugas untuk merakam bahagian hadapan dan diletakkan pada takuk kecil pada skrin paparan.



Mi A3 dilancarkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, putih serta kelabu. Harga jualan yang ditetapkan untuk model baru ini adalah €249 (~RM1151) serta €279 (~RM1289). Ia berkemungkinan dibawa masuk kedalam pasaran tempatan pada 31 Julai ini.