Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Perkenal Cip XRING O1 – 3nm, 10 Teras CPU, 16 Teras GPU

Posted on Mei 22, 2025Mei 22, 2025

Xiaomi secara rasmi hari ini memperkenalkan cip SoC ‘flagship’ pertama yang dibangunkan sendiri, iaitu XRING O1.

XRING O1 dibina menggunakan proses 3nm generasi kedua dan mengandungi sebanyak 19 bilion transistor.

Menggunakan seni bina 10 teras CPU, ia terdiri daripada 2 teras Cortex-X925 yang mempunyai kelajuan sehingga 3.9GHz, 4 teras Cortex-A725 (3.4GHz), 2 teras Cortex-A725 (1.9GHz) dan 2 teras Cortex-A520 (1.8GHz).

XRING O1 dipadankan dengan GPU Immortalis-G925 16 teras, yang menurut Xiaomi berjaya mencatat 3 juta mata dalam ujian penanda aras AnTuTu.

Ia juga dilengkapi ISP generasi keempat dari Xiaomi serta NPU 6-teras yang menyokong kuasa pemprosesan kecerdasan buatan (AI) sehingga 44 TOPS, membolehkan pemprosesan pintar yang lebih pantas dan canggih.

Cip ini akan dilancarkan terlebih dahulu untuk pasaran China, bersama dua peranti baharu iaitu Xiaomi 15S Pro dan Pad 7 Ultra.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress