Xiaomi Patenkan Rekaan Takuk Dibahagian Bawah

Bila bercerita berkenaan takuk, pelbagai reaksi diberikan pengguna, ada yang tidak kisah dan ada juga yang sehingga sekarang tidak mampu menerima rekaan tersebut.

Kedudukan kamera depan berada dibawah bukanlah perkara pelik seperti apa yang dilakukan Xiaomi pada Mi Mix, tetapi bagaimana pula rekaan takuk berada dibawah?

Baru-baru ini, Xiaomi dikhabarkan tampil dengan paten dengan rekaan takuk, bukan diatas tetapi dibahagian dagu peranti.



Difailkan kepada World Intellectual Property Organisation (WIPO) pada Mei 2018, ia memperlihatkan rekaan takuk bahagian bawah diisi dengan dwi kamera swafoto.

Satu lagi paten menunjukkan rekaan yang lebih pelik dimana takuk berada dibucu bawah kiri dan kanan paparan.



Walaubagaimanapun, ini hanya rekaan yang dipatenkan sahaja dan tidak semestinya dihasilkan untuk pengguna umum. Namun jika ia benar-benar dihasilkan, adakah anda boleh menerima kedudukan takuk sebegitu?

Sumber: Lets Go Digital