Xiaomi Patenkan Rekaan Kad SIM Yang Juga Boleh Berfungsi Sebagai Ruangan Storan

Konsep menyatukan kad SIM dan ruangan memori sebelum ini pernah diperkenalkan oleh syarikat Ziguang Group. Selain dari syarikat tersebut, nampaknya Xiaomi juga turut berminat dengan teknologi ini.

Melalui sebuah paten, syarikat tersebut sedang membangunkan kad SIM yang boleh berfungsi sebagai sambungan rangkaian dan juga ruangan storan. Menariknya, kad SIM tersebut merupakan sebuah kad SIM 5G.

Melihat kepada paten tersebut, perkakas itu akan berfungsi sebagai ruangan storan pada bahagian atas, dan kad SIM pada bahagian bawahmya.



Dengan rekaan sebegini, pengeluar tidak perlu lagi menyertakan rekaan hibrid slot kad sim dan juga microSD. Secara tidak langsung ia akan menjimatkan ruangan yang terdapat dalam peranti dengan rekaan sekecil kad SIM sahaja.

Tambahan lagi, ia juga akan memudahkan pengguna untuk memindahkan data mereka ke peranti baharu hanya dengan menggunakan satu kad SIM sahaja.

Sumber: IThome