Xiaomi Patenkan Peranti Dengan Skrin Kedua Pada Bahagian Belakang

Peranti dengan skrin kedua bukanlah perkara asing dalam arena telefon pintar dimana sebelum ini, kita sudah melihatnya pada Vivo Nex Dual Display, Nubia Z20, Meizu 7 Pro Plus dan lain-lain lagi.

Mungkin dalam perancangan kearah penawaran sedemikian, imej paten dengan nama Mi Mix Dual Display  mula tersebar diinternet. Ia memperlihatkan panel belakang peranti ditempatkan dengan skrin berselebelahan dengan modul kamera.



Paparan kedua itu tidaklah sebesar skrin yang ada pada peranti lain dimana ia sesuai digunakan untuk paparan masa, notifikasi, serta navigasi aplikasi muzik.

Berdasarkan imej, tiada sensor kamera dibahagian hadapan dan ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa skrin kedua itu mungkin berfungsi sebagai bantuan rakaman swafoto pengguna.

Ia hanyalah imej rekaan yang dipatenkan dan tidak semestinya ia akan tampil di pasaran, Apa pandangan anda terhadap rekaan peranti dengan skrin kedua ini?