Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kamera zoom 108mp

Xiaomi Paten Telefon Pintar Skrin Hampir Menyeluruh Dengan Kamera Zoom 108MP

Diterbitkan Julai 13, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengenali siri Mi Mix dengan penawaran bezel yang nipis dan skrin yang luas. Tahun lalu, Xiaomi telah memperkenalkan Mi Mix Alpha dengan skrin hampir menyeluruh. Terbaru, syarikat itu telah mempatenkan rekaan yang hampir sama di China National Intellectual Property Administration (CNIPA).

Permohonan paten tersebut telah difailkan pada 19 Januari 2020 dan hanya disiarkan pada 10 Julai lalu. Berdasarkan paten tersebut, peranti ini akan dimuatkan dengan paparan skrin hampir menyeluruh dan satu kamera utama 108MP dengan lensa zoom atau “AI Super Camera”.

Xiaomi Paten Telefon Pintar Skrin Hampir Menyeluruh Dengan Kamera Zoom 108MP

Terdapat dua rekaan berbeza bagi peranti yang sama dimana salah satunya adalah berwarna hitam, manakala satu lagi adalah warna lutsinar yang menampakkan dalaman sistem kamera.

Hanya terdapat satu butang fizikal (butang kuasa) dan mikrofon kedua di bahagian atas. Sementara di bahagian bawah dimuatkan dengan pembesar suara, mikrofon utama dan port USB Type-C.

Xiaomi Paten Telefon Pintar Skrin Hampir Menyeluruh Dengan Kamera Zoom 108MP

Paten tersebut turut mendedahkan ianya adalah peranti 5G, namun tidak dinyatakan mengenai cip pemproses yang digunakan. Xiaomi mungkin akan memperkenalkan peranti ini tidak lama lagi walaupun belum tentu ianya akan dipasarkan secara komersial.

Sumber: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY