Xiaomi Paten Sarung Pelindung Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Fon Telinga

Xiaomi telah mengemukakan permohonan paten rekaan kepada China Intellectual Property Association (CNIPA). Paten rekaan baru ini adalah untuk aksesori pengecasan yang melekat pada bahagian belakang telefon dan mempunyai pemegang untuk meletakkan fon telinga TWS. Ia juga boleh berfungsi untuk melakukan pengecasan berbalik tanpa wayar untuk mengisi kuasa set fon telinga tersebut.

Butiran mengenai paten tersebut menyatakan,

"This appearance design product is a mobile phone accessory, which can be installed on the mobile phone, used to store the earphone, and charge the headset.”



Melalui imej paten tersebut, aksesori pengecasan mempunyai dua slot untuk meletakkan fon telinga TWS dengan dua rekaan berlainan. Walau bagaimanapun, tiada jaminan sama ada Xiaomi akan melancarkan produk ini di masa akan datang.

Pada masa ini, tiada peranti Xiaomi yang menyokong fungsi ini. Dengan mendaftar paten itu, Xiaomi mungkin akan mengeluarkan telefon pintar dengan pengecasan berbalik serta fon telinga yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

Sumber: 91mobiles