Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Paten Rekaan Kamera Pop-Up Dengan Konsep Canggih Yang Gunakan Pantulan Kaca

Xiaomi Paten Rekaan Kamera Pop-Up Dengan Konsep Canggih Yang Gunakan Pantulan Kaca

Diterbitkan Januari 21, 2021 oleh Meor Hasyim

Xiaomi merupakan antara jenama yang popular dengan ciri kamera swafoto pop-up. Ia dilihat banyak ditawarkan melalui model seperti Xiaomi Mi 9T, POCO F2 Pro, Xiaomi K30 dan lain-lain.

Mereka kini telah mempatenkan rekaan kamera pop up yang agak menarik. Ia memperlihatkan rekaan di mana kamera tersebut dihalakan ke atas dan bukannya ke sisi seperti kamera pop up tradisional.

Xiaomi Paten Rekaan Kamera Pop-Up Dengan Konsep Canggih Yang Gunakan Pantulan Kaca

Jadi bagaimana gambar boleh diambil jika kamera menghala ke atas?

Bersama-sama modul kamera tersebut, ia didatangkan sekali dengan unit pantulan kaca yang boleh disesuaikan untuk menghalakannya ke hadapan atau belakang telefon.

Secara tidak langsung, hanya dengan menggunakan 1 modul rekaan sebegini, ia berfungsi menjadi kedua-dua kamera hadapan dan belakang.

Namun begitu, rekaan ini lebih kompleks dan meningkatkan risiko untuk rosak kerana terlalu banyak komponen yang bergerak dalam telefon pintar.

Walaupun hanya sekadar paten sahaja, Xiaomi kemungkinan besar tidak akan memuatkan teknologi ini dalam telefon mereka disebabkan mereka lebih giat dalam membangunkan teknologi kamera bawah paparan.

Sumber: Let’s Go Digital

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY