Ketika mana syarikat seperti Apple, Huawei, Motorola, dan lain-lain lagi meningkatkan penggunaan cip NFC pada peranti mereka, empat pengeluar, Xiaomi, OPPO, LG dan Alcatel dilapor telah mengurangkan penggunaan cip itu.
Berdasarkan laporan dari ScientiaMobile, statistik menunjukkan penurunan sokongan NFC bagi empat syarikat diatas dari tempoh suku keempat 2015 hingga suku keempat 2018.
Langkah yang diambil syarikat tersebut berkemungkinan disebabkan kebanyakkan peranti pengeluar itu dipasarkan dirantau Asia, terutama sekali dua pasaran besar - China dan India yang lebih popular menggunakan teknologi kod QR seperti WeChat Pay, Alipay, Paytm dan UPI.
Kebanyakkan model yang ditawarkan juga adalah dari kelas pertengahan serta permulaan dan mungkin juga dengan pengurangan penggunaan cip NFC ini, ia dapat menjimatkan sedikit kos pembuatan.
Dari segi sistem operasi pula, platform iOS memperlihatkan peningkatan penggunaan NFC yang ketara berbanding Android dalam tempoh yang sama seperti diatas.
Sumber:Mobile Overview Report dari Scientia Mobile via XDA Developers
Berkaitan
- OPPO A3s Versi RAM 3GB Dan Memori 32GB Turun Harga, Kini Bernilai RM599
- Apple Watch Akan Datang Mungkin Ada Touch ID
- Xiaomi Lancarkan Redmi Note 5 Dan Redmi Note 5 Pro
- Samsung Sambung Semula Kemaskini Android Oreo Untuk Galaxy S8 Dan S8+
- Huawei Nova 5T Mula Terima Kemaskini EMUI 10 Berasaskan Android 10
- LG Patenkan Rekaan Telefon Pintar Lipat Yang Boleh Bertukar Menjadi Tablet
- #MWC2019 - LG V50 ThinQ, Boleh "Dilipat" Dan Mempunyai Keupayaan 5G
- OPPO A83 Dijangkakan Pelancarannya Pada 30 Disember Ini
- Facebook Sediakan Tab Khusus Untuk Permainan Pada Aplikasi Android
- Aplikasi OneDrive Untuk Android Kini Dilengkapi Dengan Ciri Pengimbas Cap Jari