Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi logo

Xiaomi Nak Buat Modul Kamera Bentuk “Petir”

Diterbitkan April 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, pengeluar dari China – Xiaomi makin diminati ramai disebabkan spesfikasi dan harga yang ditawarkan kepada pengguna.

Terbaru, Xiaomi telah mempatenkan sebuah rekaan yang agak unik jika nak dibandingkan dengan mana-mana peranti di pasaran.

Berdasarkan paten tersebut, ia tampil dengan rupa luaran yang mirip barisan iPhone 12 tetapi tidak mempunyai sebarang butang fizikal pada bahagian sisi dan ketiadaan port pengecasan.

Selain itu, panel hadapan juga adalah penuh tanpa sebarang takuk atau sebagainya kerana mungkin Xiaomi akan menggunakan kamera di bawah paparan.

Xiaomi Nak Buat Modul Kamera Bentuk “Petir”

Malah, teknologi kamera swafoto itu juga dijangka akan membuat penampilan sulung pada tahun ini.

Di bahagian pula, ini keunikan yang terdapat padanya. Jika modul kamera Mi 11 Ultra besar, telefon yang dipatenkan ini mempunyai modul kamera berbentuk petir.

Walau bagaimanapun, Xiaomi masih merahsiakan dan tidak berkongsi apa-apa maklumat terhadap peranti baharu mereka.

Meskipun begitu, segala rekaan yang telah dipatenkan, tidak semestinya menjadi realiti.

Sumber: letsgodigital

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY