Xiaomi Mungkin Lancarkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 855 Pertamanya Minggu Depan

Sistem cip kelas atasan terbaru dari Qualcomm, Snapdragon 855 masih lagi belum diumumkan secara rasmi, namun peranti pertama yang menggunakannya mungkin bakal dilancarkan pada minggu hadapan.

Xiaomi Mi Mix 3, yang akan diperkenalkan pada 15 Oktober ini dikhabarkan akan hadir dengan sistem cip Snapdragon 855. Ini berdasarkan satu penyenaraian yang dibuat di laman Sougou dan dilaporkan oleh GizmoChina baru-baru ini.

Kapsyen: Kredit : m.sougou.com


Antara spesifikasi lain yang turut disenaraikan ialah simpanan dalaman 8GB RAM, bateri berkapasiti 3,850mAh serta sokongan sambungan 5G. Selain itu, ia dikatakan akan turut hadir dengan dwi-kamera utama 20MP+16MP dan kamera swafoto 13MP.

Walaubagaimanapun, Xiaomi masih lagi berdiam diri mengenai perkara ini. Malah, mereka juga belum mengesahkan bahawa Mi Mix 3 akan diperkenalkan pada 15 Oktober nanti. Maka, kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Xiaomi mengenainya dalam masa terdekat.

 

Sumber : Gizmochina