Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta elektrik xiaomi

Xiaomi Mula Hantar Telefon Buatan Vietnam, Malaysia Antara Terlibat

Diterbitkan Julai 6, 2022 ยท Dikemas kini Julai 6, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan isu rantaian bekalan yang berterusan akibat pandemik Covid-19, syarikat pengeluar telefon pintar seperti Xiaomi, Samsung, dan Apple telah mengalihkan pusat pengeluaran ke Vietnam untuk meningkatkan pengeluaran.

Kilang Xiaomi dilaporkan telah mengeluarkan kumpulan pertama telefon pintarnya, yang akan dieksport ke negara lain seperti Malaysia dan Thailand.

Menurut Global Times, kumpulan pertama yang dihasilkan di kilang pengeluaran baharu Xiaomi di Vietnam telah pun dihantar dan syarikat itu kini memfokuskan pada pasaran Vietnam.

Bangunan baharu itu, yang seluas 200,000 meter persegi dengan pelaburan sebanyak $80 juta (~RM354 juta), terletak di Vietnam Utara.

Objektif Xiaomi adalah untuk menggunakan kilang baharunya di negara tersebut sebagai pusat eksport ke negara Asia Tenggara berdekatan seperti Malaysia dan Thailand.

Dengan penguasaan pasaran sebanyak 22 peratus di Vietnam, Xiaomi hanya diatasi oleh Samsung, yang kini memegang 34 peratus.

Xiaomi bukan satu-satunya syarikat yang ingin meningkatkan pengeluaran di luar China.

Terdahulu, Apple mula memindahkan beberapa pengeluaran iPad ke Vietnam juga kerana gangguan rantaian bekalan yang berterusan.

Sumber: Global Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY