Xiaomi Mi Play Dilancar Secara Rasmi, Dilengkapi MediaTek Helio P35 Dan Bateri 3000mAh

Dibualkan sejak awal bulan ini, Xiaomi Mi Play akhirnya sudah rasmi dilancarkan di China. Model ini tampil dengan rekaan skrin yang mempunyai takuk “titisan air” dan paparan berukuran 5.84 inci bersama nisbah 19:9.

Menguasakan bahagian dalaman adalah cip pemprosesan MediaTek Helio P35 dan digandingkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman sebesar 64GB serta sokongan kad MikroSD sehingga 256GB.

Takuk titisan air itu dihuni dengan kamera selfie 8MP manakala panel belakang menempatkan dwi kamera gabungan lensa 12MP dan 2MP serta pengimbas cap jari.

Bagi menjana peranti, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan didagangkan pada nilai 1099 yuan iaitu sekitar ~RM667 mengikut tukaran matawang semasa.

Tiada lagi perkhabaran mengenai peranti ini untuk pasaran tempatan dan untuk itu, sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Mi China

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408