Xiaomi Mi Note 2 Dilancar Secara Rasmi

Semalam Xiaomi dengan rasminya melancarkan Mi Note 2, telefon pintar pertama keluaran mereka yang mempunyai skrin paparan lengkung. Beberapa minggu yang lepas juga syarikat itu turut memperkenalkan model Mi 5S dan Mi 5S Plus. Pada tahun ini sahaja, Xiaomi telah melancarkan 15 model telefon pintar termasuk Mi Note 2 dan Mi Mix yang dilancarkan semalam. Mi Note 2 merupakan pengganti kepada Mi Note dipertontonkan kepada umum di sebuah acara yang berlangsung di China. Turut sama di diperkenalkan adalah telefon konsep Mi yang dikenali sebagai Mi Mix.

Mi Note 2 mempunyai spesifikasi yang hebat. Dikuasakan dengan pemproses berkuasa tinggi Snapdragon 821 empat teras dengan kelajuan 2.4Ghz. Ia merupakan pemproses yang menduduki tangga tertinggi dalam carta perbandingan Antutu. Terdapat dua versi pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB.

Storan dalaman juga terdapat dalam dua kapasiti pilihan, 128GB dan 64GB. Mi Note 2 bakal memaparkan antaramuka (user interface) terbaru mereka MIUI 8 yang dilancarkan pada Ogos yang lepas. Untuk kamera pula, ia akan dilengkapi dengan kamera belakang 23 Megapixel dengan dwi-tona LED Flash, EIS, lensa 6-elemen, f/2.0 aperture, rakaman video 4K, dan dibantu dengan sensor IMX318 dari Sony. Kamera bahagian hadapan pula beresolusi 8 megapixel dengan f/2.0 aperture turut menggunakan sensor Sony IMX 256. Xiaomi bakal hadir dengan dua variasi warna; Glacier Silver dan Piano Black.

xiaomi_1477386835268

Dibawah merupakan spesifikasi lengkap untuk Xiaomi Mi Note 2:

Skrin Paparan: Paparan OLED 5.7', 1920 x 1080 pixel

Cip Pemproses: 2.4GHz Empat Teras Snapdragon 821, RAM 4GB dan 8GB

GPU: Adreno 530

Perisian: Android 6.0 Marshmallow, MIUI 8

Dwi-SIM: Ya

Kamera Utama: 23MP dengan dwi-tona LED Flash, Sony IMX318

Kamera Hadapan: 8MP, f/2.0 aperture, sensor Sony IMX258, dan sudut pandangan 76 darjah.

Storan dalaman: 64 GB dan 128 GB

Sambungan: 4G VoLTE, 3G HSPA+, Bluetooth v4.0, WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, WiFi tether.

Bateri: 4100mAh

Saiz rekaan. berat: 156.2 x 77.3 x 7.6 mm, 166 gram

Ciri: aGPS, Radio FM, bicu audio 3.5 mm, mikroUSB v2.0, NFC

Sensor: Pengimbas cap jari, Accelerometer, Sensor Graviti, Sensor Proximity, Sensor Cahaya.

Berkaitan