Xiaomi Mi Note 10 Lite Rasmi Berharga RM 1599 - Snapdragon 730G, Kuad Kamera 64MP, Dan 5260mAh

Xiaomi Mi Note 10 yang dilancarkan pada Disember tahun 2019 lalu hadir dengan harga jualan yang agak 'premium'. Mana tidaknya ia hadir dengan spesifikasi kamera yang melampau 108MP dalam pada masa yang sama menggunakan cip kelas pertengahan Snapdragon 730G.

Sehubungan itu, Xiaomi telah membangunkan sebuah versi ringan untuk Mi Note 10 yang diberi nama Mi Note 10 Lite. Peranti ini telah diumumkan secara rasmi untuk pasaran global 30 April lalu. Hari ini, pihak Xiaomi Malaysia telah membawanya masuk secara rasmi untuk pasaran tempatan.

The Redmi Note 9 and Mi Note 10 Lite are Xiaomi's latest take on ...

Secara keseluruhan, ia masih mengekalkan kebanyakan spesifikasi Mi Note 10 namun telah diringankan agar menepati pakej untuk sebuah peranti versi 'Lite' terutamanya dari aspek kameranya.

Mi Note 10 Lite hadir dengan paparan 6.47 inci AMOLED Full HD+ dan dijana cip pemprosesan Snapdragon 730G. Perbezaan utamanya adalah sistem kamera yang kini dimuatkan dengan 4 lensa 64MP, 8MP telefoto, 5MP makro dan 2MP depth.



Untuk swafoto pula ia menyertakan sensor 32MP yang diletakkan pada takuk kecil peranti. Terdapat hanya 1varian memori iaitu 8GB/128GB. Kapasiti bateri adalah sebesar 5,260mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Antara fungsi lain adalah pemancar IR, USB-C, paparan melengkung, bicu audio 3.5mm dan juga NFC.



Di Malaysia, peranti dijual pada harga RM 1,599. Jualan bermula pada 12 Mei ini. Pengguna bakal mendapat percuma beg Mi Business Backpack 2 jika membelinya di Lazada ataupun percuma Redmi Powerbank 20,000mAh melalui pengedar yang sah.

Berkaitan