Diperkenalkan terlebih dahulu di China dengan nama Mi CC9 Pro, ia merupakan peranti pertama didunia yang dilengkapkan dengan kamera 108MP. Turut sama menemani sensor tersebut adalah 12MP 2x telefoto, 5MP 5x telefoto, 20MP ultralebar dan lensa khas makro 2MP.
Bagi rakaman talaan hadapan, Xiaomi menyertakan kamera 32MP yang ditempatkan pada takuk kecil paparan AMOLED bersaiz 6.47 inci serta turut mempunyai pengimbas cap jari.
Menguatkan lagi penawaran Mi Note 10 adalah penggunaan cip pemproses Snapdragon 730G bersama padanan memori RAM 6GB dan ruang simpanan 128GB.
Dari segi janaan kuasa, Mi Note 10 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5260mAh dan daya pengecasan pantas 30W disalurkan melalui port USB-C.
Harga jualan Mi Note 10 untuk pasaran China bermula sekitar ~RM1655 sehingga ~RM1831 (mengikut tukaran matawang asing semasa ia dilancarkan tempoh hari).
Berkaitan
- PicknGo Kini Rasmi Di Malaysia, Bakal Saingi Perkhidmatan e-hailing
- OpenSignal - Kelajuan Purata Muat Turun 4G Malaysia Diluar Waktu Puncak Lebih Rendah Dari Myanmar, Vietnam Dan Kemboja
- Whatsapp Bawa Emoji IOS 10 Untuk Versi Beta Mereka
- Dakwaan Xiaomi Kumpul Data Penggunaan Pengguna, Xiaomi Beri Kenyataan Balas
- OPPO R9s Plus Dilancarkan Di Malaysia 1 Mac Ini
- Imej Rasmi Vivo S5 Tampil Dengan Kuad Kamera Belakang
- OPPO Malaysia Akan Perkenalkan Sebuah Lagi Model Baru 4 Mei Ini
- Laporan: Kanak-Kanak Di Malaysia Kurang Bermain Permainan Komputer Sepanjang 3 Bulan Awal PKP
- HONOR 20 Pro Dapat Lesen Google Play, Mungkin Dilancarkan Pada Beberapa Pasaran Tidak Lama Lagi
- Samsung Galaxy Note 10 Sah Dilancarkan Pada 7 Ogos Hadapan