Namun begitu, imej yang tersebar baru-baru ini menggambarkan ia adalah peranti dengan skrin melengkung yang mencecah 100% bagi nisbah skrin-ke-badan. Kini menghangatkan lagi spesifikasi yang bakal dibawa, Xiaomi telah berkongsi satu lagi poster yang mana mengesahkan Mi Mix Alpha bakal diperkuatkan dengan kamera 100MP.
Keupayaan itu didapati daripada penggunaan sensor Samsung ISOCELL Bright HMX 108MP dan ini merupakan kerjasama kedua Xiaomi bersama Samsung selepas bersama-sama menjalin hubungan menerusi Redmi Note 8 Pro (sensor 64MP ISOCELL GW1).
Lanjutan daripada itu, pengeluar dari China ini turut mempertontonkan hasil imej yang dirakam menggunakan Mi Mix Alpha. Imej beresolusi 12032 x 9024 piksel itu bersaiz 40MB dan dikatakan, walaupun dizoom sebanyak 8 kali, ia masih mengekalkan kejelasan serta perincian.
Lain-lain spesifikasi yang dijangka hadir pada Mi Mix Alpha adalah Snapdragon 855 Plus, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 1TB, serta paparan menyokong 2K dengan kadar segar semula 90Hz.
Peranti ini dijadualkan pelancarannya pada 24 September dan untuk itu, kita perlu menantikan pengumuman rasmi Xiaomi mengenai penawaran mereka itu.
Berkaitan
- Zoo Mini Teruntum Bakal Guna "Smart Toilet"
- Anda Pemilik Galaxy S10? Sembunyikan Lensa Hadapan Dengan Pelbagai Wallpaper Menarik Ini
- OPPO Tawarkan 15 Unit OPPO Reno4 Untuk Dimenangi Sempena Pelancaran Rasmi 3 Ogos Ini
- ROG Phone 3 Strix Boleh Dimiliki Pada Harga RM109 Sebulan Melalui Maxis Zerolution
- Redmi 7 Akan Diperkenalkan Di China Pada 18 Mac Ini
- Spesifikasi Xiaomi Mi 7 Tertiris, Snapdragon 845 Dan RAM 8GB
- Xiaomi Mi Mix 2S Akan Diturunkan Harga Jualannya Kepada RM1799
- Samsung Mungkin Akan Tawarkan Siri Galaxy Note Yang Lebih Mampu Milik
- Redmi 7A Berharga RM459 Boleh Mula Dibeli Dari Xiaomi Official Store Global
- Siri Redmi Note 8 Dapat Ahli Baru, Ditambah Dengan Sokongan NFC