Diumumkan sebagai peranti konsep, Mi Mix Alpha hadir dengan skrin yang hampir meliputi segenap bahagian. Nisbah skrin-ke-badan dikatakan melebihi 180.6% dan turut diperlengkapkan dengan kamera 108MP. Rekaan unik ini turut dihasilkan dengan kombinasi titanium aloi, seramik dan nilam.
Paparan yang hampir menyeluruh ini dipisahkan dengan bezel menegak yang menempatkan kamera, terdiri daripada lensa utama 108MP, lensa telefoto 12MP (zoom optikal 2x) dan lensa ultra lebar 20MP.
Pada bahagian sisi juga tampil tanpa sebarang butang fizikal, digantikan dengan ciri tekanan sensitif dan linear motor untuk mensimulasikan sentuhan seperti butang sebenar.
Paparan sisi peranti akan menunjukkan isyarat notifikasi serta peringatan lain manakala bahagian belakang berfungsi sama seperti panel hadapan. Bahagian belakang dikatakan akan bernyala sekiranya anda memusingkan peranti.
Rakaman selfie kini pastinya lebih baik dimana kamera yang terletak dibelakang digunakan untuk tujuan itu. Dari segi spesifikasi, Mi Mix Alpha dikuasakan dengan cip Snapdragon 855 Plus, RAM 12GB dan ruang simpanan 512GB berasaskan UFS 3.0. Janaan kuasa pula diperoleh daripada bateri berkapasiti 4050mAh dengan pengecasan pantas 40W.
Peranti konsep ini bakal dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit dan mula dijual pada penghujung Disember depan pada harga 19,999 yuan iaitu sekitar RM11771 berdasarkan tukaran matawang asing semasa.
Sumber: Xiaomi
Berkaitan
- Bocoran Video Mi Mix 2S Memperlihatkan Ciri Sentuhan Seakan iPhone X
- Google Memperkenal Family Link, Aplikasi Pantau Peranti Anak-Anak
- Xiaomi Sudah Jual 1 Juta Unit Powerbank Redmi
- RAM 16GB Dan Pengecasan 120W Mungkin Pertaruhan Xiaomi Selepas Ini
- Microsoft Membawakan Ciri Tab Untuk Aplikasi Windows 10
- Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Berjaya Nyahkunci FaceID iPhone X Milik Ibunya
- Xiaomi Sasar Terajui Pasaran China Dalam Masa 3 Tahun
- Roku Bakal Gunakan Nama Premiere Dan Ultra Untuk Model Baharu Mereka
- Zenfone Max Plus M1 Dan Zenfone 4 Max Turun Harga, Boleh Dimiliki Serendah RM 499 Dan RM399
- Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Mungkin Dikuasakan Dengan Cip Snapdragon Siri 700