Xiaomi Mi Mix 3 Mungkin Dilancarkan Pada 15 Oktober Ini

Siri Mi Mix boleh dikatakan sebagai siri yang menaikkan nama Xiaomi di dalam pasaran telefon pintar global. Sentiasa mendapat tempat di hati peminat Xiaomi(khususnya) setiap kali model baru diperkenalkan, kini mereka hadir dengan model ke-tiga dalam keluarga berkenaan.

Xiaomi dijangka akan melancarkan Mi Mix 3 secara rasmi pada 15 Oktober ini. Ia menjadi tular selepas satu poster dengan imej angka 3 dan tarikh 15 Oktober telah tersebar di internet.

Kredit : Weibo


Xiaomi Mi Mix 3 sebelum ini telah disahkan akan hadir sebagai peranti dengan skrin boleh luncur. Ia sekaligus menjadikannya sebuah lagi peranti yang menyorokkan kamera hadapan bagi membawa keluar rekaan takuk pada paparan hadapan.

Selain itu, peranti terbaru Xiaomi ini dijangka akan disertai oleh beberapa ciri premium yang lain seperti cip Snapdragon 845 dan pengimbas cap jari dalam panel skrin.

Setakat ini tiada maklumat berkenaan harga peranti yang dapat diperolehi, namun ramai yang menjangkakan harganya tidak akan jauh berbeza dengan harga Mi Mix 2 ketika ia dilancarkan.

 

Sumber