Xiaomi Mi Mix 3 Kemungkinan Dilancarkan Pada Pertengahan September Ini

Setiap kali syarikat pengeluar peranti dari China, Xiaomi memperkenalkan satu peranti baru, ia pasti akan membuat peminat-peminat mereka teruja. Ia berikutan harga dan spesifikasi yang ditawarkan pada peranti mereka adalah amat menarik.

Kali ini mereka dikatakan akan hadir dengan peranti terbaru bagi siri Mi Mix iaitu Mi Mix 3. Peranti tersebut dijangka akan diperkenalkan pada 15 September ini, berdasarkan satu imej poster yang tular di internet.

Kredit : AndroidPure


Melihat kepada imej peranti pada poster tersebut, ia kelihatan akan hadir dengan bingkai yang sangat nipis. Ia sesuai dengan maklumat yang tertiris sebelum ini, di mana Mi Mix 3 dikatakan akan mempunyai kadar paparan pada skrin yang lebih besar berbanding peranti Oppo Find X.

Tidak banyak informasi berkenaan spesifikasi peranti ini namun ia dilaporkan akan menggunakan kamera hadapan yang disembunyikan, sama seperti Vivo Nex dan Oppo Find X. Imej tertiris peranti ini juga tidak melihatkan sebarang lensa kamera pada panel hadapan.

Kredit : Weibo


Buat masa ini, tiada sumber yang kukuh dapat memberikan pengesahan berkenaan perkara ini. Maka seperti biasa, kita perlu menunggu maklumbalas daripada pihak Xiaomi sendiri bagi mengesahkan kesahihan berita ini.

Sumber