Xiaomi Mi Mix 3 Edisi Khas Forbidden City Mula Ditawarkan Pada Disember Ini

Xiaomi hadir dengan satu rekaan khas Emerald Green pada model Mi Mix 2S mereka tidak lama dahulu. Ia hadir dengan rekaan kotak belian yang istimewa, namun tiada keistimewaan pada peranti melainkan warna hijau zamrudnya.

Kali ini, mereka datang dengan edisi khas Forbidden City pula bagi model premium terbaharu mereka, Mi Mix 3. Menariknya, model ini turut hadir dengan rekaan berbeza pada warna peranti, kotak belian serta sarung percuma yang diberikan dari dalam kotak belian.

Kapsyen: Kredit: GSMArena


Model ini mempunyai logo bersalut singa penjaga yang menjadi salah satu haiwan simbolik bagi Dinasti Ming di bahagian belakangnya. Malah, pembeli juga akan menerima  satu patung singa berkenaan yang turut disalutkan dengan emas.

Xiaomi Mi Mix 3 Forbidden City ini akan dijual pada harga RMB 4,999(~RM3,015) di pasaran China bermula bulan depan. Malangnya, model ini berkemungkinan besar hanya akan dipasarkan di sana sahaja. Namun, tiada sebarang maklumat rasmi mengenainya lagi setakat ini.

 

Sumber: GizChina