Xiaomi Mi Mix 3 Bakal Tiba Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi Mix 3 baru sahaja menghampiri usia seminggu selepas dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober yang lalu.

Model ini menarik perhatian ramai kerana menggunakan mekanisma "Gelongsor Kamera Magnetik" pada skrin paparan untuk menyembunyikan lensa kamera selfie.



 

Hari ini, pihak Mi Malaysia telah berkongsikan ciri-ciri menarik pada model terbaru bagi siri Mi Mix ini dan mengesahkan ia akan hadir ke pasaran dalam negara tidak lama lagi.

Namun begitu, tarikh sebenar dan harga yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan lagi.



Mi Mix 3 hadir dengan skrin AMOLED berukuran 6.4 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93.4%. Dilengkapi dengan dwi kamera 12MP (sudut lebar) + 12MP (telefoto) untuk bahagian belakang dan bahagian hadapan menggunapakai lensa 24MP+2MP.

Sewaktu acara pengenalan, ia mempunyai  4 versi; 6GB/128GB,8GB/128GB,8GB/256GB dan dan salah satunya adalah edisi khas Forbidden City dengan RAM 10GB.

Mari sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai perasmian Mi Mix 3 bagi pasaran tempatan.