Xiaomi Mi Mix 2S Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Tempoh 2 Jam Sahaja

Jenama yang selalu membawakan peranti dengan harga berbaloi bersama spesifikasi baik, Xiaomi, kini hadir dengan promosi potongan harga bagi beberapa peranti terpilih. Menerusi Lazada Mid-Year Festival yang akan berlangsung pada 12 Julai 2019, Mi Mix 2S, Redmi Note 7 dan Mi Band 3 bakal ditawarkan lebih murah berbanding harga semasa. Potongan harga ini hanya ditawarkan bermula dari (12 Julai 2019) 12 tengah malam ini sehingga pukul 2 pagi.

  • Mi Mix 2s - RM999  (harga rasmi RM1799)

  • Redmi Note 7 dengan LazadaCare Plus - RM799

  • Mi Band 3 - RM99 (harga rasmi RM129)


Selain daripada itu, promosi lain yang boleh didapati sepanjang 12 Julai 2019 adalah:

  • Mi 9T dengan LazadaCare Plus - RM1199

  • Mi Robot Vacuum Cleaner - RM999 (harga rasmi RM1199)

  • Mi 9 (6GB+64GB - RM1699) / (6GB+128GB - RM1999) disertakan secara percuma dengan pengecas tanpa wayar (20W) yang bernilai RM149

  • Mi Dash Cam - RM199 (RM249)

  • Mi Power Bank 2S 10,000mAh - RM49 (RM79)

  • Mi Action Camera 4K -RM399 (RM509)


Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran yang dibuat Xiaomi bersempena dengan Lazada Mid-Year Festival ini, boleh ikuti Xiaomi Flagship Store di Lazada.