Xiaomi Mi Mix 2S Akan Diturunkan Harga Jualannya Kepada RM1799

Tanggal 24 Mei 2018 merupakan tarikh pelancaran Xiaomi Mi Mix 2S untuk pasaran tempatan. Pertama kali diperkenalkan dalam negara, ia membawa tanda harga RM 1999.

Seperti biasa, apabila sebuah model baru datang, harga model lama pastinya akan menerima potongan dan itulah berita terbaik bagi mereka yang masih memasang hajat untuk memiliki Mi Mix 2S.

Dengan perkhabaran Mi Mix 3 yang dilaporkan bakal tiba tidak lama lagi, Mi Malaysia akan menurunkan harga Mi Mix 2s kepada RM1799.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Mi Mix 2s:

  • Skrin IPS LCD 5.99 inci Full HD
  • Dwi kamera utama 12MP+12MP
  • Lensa tunggal bagi kamera selfie 5MP
  • Snapdragon 845
  • RAM 6GB dan memori storan 64GB
  • Bateri 3400mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0
Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408