Xiaomi Mi Mix 2 Hadir Dengan Snapdragon 835

Tarikh pelancaran untuk telefon pintar Mi Mix 2 Xiaomi telah disahkan secara rasmi iaitu pada 11 September ini, sehari sebelum pelancaran iPhone 8.



Namun, masih belum ada berita lebih lanjut mengenai telefon yang telah disahkan secara rasmi ini walaupun khabar angin setakat ini menunjukkan peranti tersebut mungkin hadir dengan sokongan dua kamera belakang. Ia mungkin akan menjadi lebih nipis kali ini, dan telefon bimbit ini juga dikatakan menawarkan sokongan pengenalan wajah 3D.

Jika dilihat pada gambar ini juga Mi Mix dibina dengan nisbah paparan skrin yang besar, hampir tiada ruang bezel di tepi badannya.



Mi Mix 2 akan hadir dengan Snapdragon 835 SoC, pilihan saiz RAM 4GB dan 6GB, dan Android 7.1.1 Nougat atau mungkin Android Oreo terus dari kotak.

Mi Mix 2 dikhabarkan menggunakan paparan AMOLED 6.4-inci dengan resolusi 2540 x 1440p, serta mempunyai 2 pilihan kapasiti penyimpanan iaitu 128GB dan 256GB. Kapasiti bateri pula dikhabarkan sebesar 4,500mAh.



Dari segi harga pula dikhabarkan peranti ini akan dijual ke pasaran bermula pada ~RM 2298.12 untuk variasi 4GB/128GB storan manakala untuk model 6GB/256GB storan pada ~RM2631.18.

Sumber