Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Max Pula Meletup!

Xiaomi Mi Max Pula Meletup!

Diterbitkan September 13, 2016 · Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Xiaomi Mi Max Pula Meletup!
Beberapa minggu
yang sudah kita dikejutkan dengan berita Samsung Galaxy Note 7 meletup, kini
China pula digemparkan lagi dengan model telefon pintar dari Xiaomi meletup
ketika sedang di cas. Kejadian yang berlaku 5 September lepas di wilayah Xi’an
melibatkan model Mi Max yang mula dipasarkan Xiaomi pada bulan Mei yang lepas.
Menurut laman
rasmi Weibo semalam, seorang pembeli yang dikenali sebagai Puan Mao membeli telefon
pintar tersebut sebagai hadiah kepada anaknya. Peranti itu dibeli dari laman
web rasmi Xiaomi pada 7 Ogos yang lalu. Selepas sebulan digunakan, telefon
pintar tersebut meletup secara tiba-tiba 
ketika sedang dicas. Letupan yang terjadi itu menyebabkan kebakaran dan
memusnahkan sebahagian kecil ruang bilik anak Puan Mao.

Puan Mao
menjelaskan beliau membeli Mi Max versi yang paling tinggi dan tidak menyangka
peranti itu akan meletup. Syarikat pengeluar, Xiaomi, memberitahu mereka akan
menghantar wakil untuk menyiasat tentang kejadian itu. Sehingga kini, Xiaomi
masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun hasil siasatan berkenaan kes
berkenaan.
Xiaomi Mi Max Pula Meletup!

Xiaomi Mi Max Pula Meletup!

Xiaomi Mi Max Pula Meletup!

Xiaomi Mi Max Pula Meletup!
Sumber: Mdroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY