Xiaomi Mi Max 3 Masuk Malaysia Minggu Depan - Bateri 5500mAh Dan Skrin 6.9 Inci

Sejak akhir-akhir ini Mi Malaysia cukup sibuk membawakan model-model baru ke pasaran tempatan. Terbaru, pengeluar itu dilaporkan akan mula menawarkan Mi Max 3 untuk peminat tidak lama lagi.

Mi Max 3 didatangkan dengan bateri berkapasiti 5500 mAh dengan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0, dan skrin paparan sebesar 6.9 inci, 6.5% lebih luas berbanding Mi Max 2 tetapi pada saiz badan yang lebih kurang sama.

Bagi tetapan kamera, ia dilengkapi dwi kamera yang dengan sokongan AI menggunakan lensa utama 12MP dan 5MP. Dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 636 dengan kelajuan sehingga 1.8GHz. Menemani komponen dalaman adalah memori RAM 4GB dan ruang storan 64GB serta boleh dikembangkan lagi dengan penggunaan kad MikroSD 256GB.



Peranti ini juga mempunyai slot kad sim hybrid (2 kad sim/ 1 kad MikroSD). Bagi ciri keselamatan, Mi Max 3 menggunapakai sistem imbasan biometrik wajah dan cap jari yang berada dipanel belakang.

Menjalankan MIUI 9 berasaskan sistem operasi Android Oreo 8.1. Ia akan didagangkan pada harga RM1099 dan penawarannya bakal bermula pada 27 September depan.