Xiaomi Mi Max 3 Dilancarkan Dengan Skrin Paparan Dan Kapasiti Bateri Yang Besar

Xiaomi memperkenalkan satu lagi peranti kelas pertengahan, Xiaomi Mi Max 3. Peranti ini hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar bersama saiz skrin paparan dan kapasiti bateri antara yang terbesar pada tahun ini.

Ia hadir dengan skrin jenis IPS LCD yang bersaiz 6.9 inci beresolusi Full HD+. Paparan skrin ini juga mempunyai nisbah aspek 18:9. Perkara ini akan memberi kepuasan kepada mereka yang gemar menonton video atau melakukan tugasan menggunakan telefon pintar.



Selain hadir dengan skrin yang besar, ia turut dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar. Hadir dengan bateri berkapasiti 5,500 mAh, ia telah mengatasi kapasiti bateri yang ditawarkan oleh Asus Zenfone Max Pro M1. Xiaomi juga mendakwa peranti ini boleh dicas semula sehingga ke tahap 71% dalam masa satu jam.

Dari segi dalamannya pula, boleh dikatakan peranti ini miliki keupayaan mirip dengan model Redmi Note 5. Ia menggunakan cip Snapdragon 636 dan kamera utama dwi-lensa 12MP + 5MP, sama yang digunakan oleh Redmi Note 5. Kamera hadapannya pula menggunakan lensa 8MP.



Mi Max 3 ini akan dijalankan dengan sistem Android Oreo 8.1 dan menggunakan antaramuka MIUI 9.5 dari dalam kotak. Namun peranti ini dijangka akan menikmati kemaskini MIUI 10 mahupun MIUI 11 pada masa akan datang.

Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Blue dan Champagne Gold serta dua pilihan variasi memori dan simpanan dalaman iaitu 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 128GB ROM. Harga pasaran bagi peranti ini di pasaran China ialah CNY1,699 (~RM 1,015) untuk variasi 4GB dan CNY1,999 (RM 1,195) bagi model 6GB.

Sumber