Xiaomi Mi Max 2 Sudah Berada Di Malaysia

Peranti terbaru dari Xiaomi sudah pun mula terjual di negara ini selepas beberapa minggu dilancarkan di China.

Xiaomi Mi Max 2 boleh dibeli di penjual DirectD dan untuk varian 4 GB RAM+ 64 GB ROM dijual pada harga RM 1,499.

Ia dilengkapi paparan 6.4 inci LCD IPS HD dan dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 625.

Mi Max 2 juga akan dipasang dengan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat.

Kamera belakang Mi Max 2 akan menggunakan sensor Sony IMX 386 dengan dual tone LED flash.

Kamera depan pula dipasang dengan kamera 5-MP dengan lensa wide-angle 85 darjah.

Untuk melengkapkan peranti ini adalah baterinya yang berkapasiti 5,300 mAh dengan teknologi Quick Charging 3.0.

Sumber