Xiaomi Mi Max 2 Dengan Bateri 5,000 mAh Dikhabarkan Keluar Minggu Depan

Dalam masa kurang dari seminggu, pada 19 April, Xiaomi akan melancarkan telefon pintar utama mereka, Mi 6.

Mengikut khabar angin terbaru, pengeluar China tersebut mungkin akan mengeluarkan satu lagi peranti pada hari yang sama, Mi Max 2.

Dari nama peranti tersebut, mungkin anda dapat mengagak saiz peranti tersebut. Peranti tersebut dijangka hadir dengan paparan 6.44-inci dengan resolusi HD penuh.

Peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 626 dengan kapasiti bateri bersaiz 5,000 mAh .

Xiaomi Mi Max 2 akan diletakkan kamera depan 5 MP dan dipasang dengan Android 7.1 Nougat.

Semua spesifikasi di atas adalah untuk versi standard dan dikhabarkan akan ada lagi satu versi yang lebih berkuasa.

Versi biasa akan dipasarkan dengan harga kurang dari RM 1,000.

Diingatkan ini masih dalam khabar angin,

Apa-apa pun kita perlu tuggu pada 19 April untuk mengetahui kesahihanya.

Sumber