Xiaomi Mi A2 Yang Sebenar Terlihat Di Geekbench

Sebelum ini, peranti Xiaomi Mi 6X disebut-sebut sebagai peranti kedua dari Xiaomi yang akan dimasukkan di bawah program Android One. Ia bagi menyambung peranti Xiaomi Android One pertama, Mi A1.

Namun semasa pelancaran peranti Mi 6X, tidak kedengaran langsung yang peranti tersebut akan menyambung legasi Mi A1 sebagai Mi A2. Harini netizen mendapati Xiaomi telah meletakkan peranti Mi A2 di laman sesawang penanda aras, Geekbench.



Jika benar maklumat di atas, peranti Xiaomi Mi A2 tidaklah begitu berbeza dari Mi 6X kerana kedua-dua peranti tersebut menggunakan cip pemprosesan yang sama dari Qualcomm iaitu Snapdragon 660.

Ia dikuatkan lagi dengan markah teras tunggal dan juga teras pelbagai yang dicapai oleh kedua-dua peranti tersebut.

Xiaomi juga terkenal dengan pengenalan peranti-peranti yang agak mirip dari segi spesifikasi perkakasan dan mengeluarkannya dalam jarak hanya beberapa bulan.

Xiaomi Mi A1 juga mendapat kritikan dari pengguna mereka kerana peranti Android One itu masih lagi tidak mendapat kemaskini Android Oreo versi 8.1 walaupun versi tersebut sudah dikeluarkan pada bulan Disember tahun lepas.