Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 9T Akan Dilancar Rasmi Untuk Malaysia Pada 20 Jun Ini

Xiaomi Mi 9T Akan Dilancar Rasmi Untuk Malaysia Pada 20 Jun Ini

Diterbitkan Jun 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Siri Mi untuk pasaran Malaysia bakal menerima sebuah lagi model dengan ketibaan Mi 9T pada minggu hadapan. Acara pengenalan rasmi bagi pasaran tempatan itu telah dijadualkan berlangsung pada 20 Jun ini oleh Mi Malaysia.

Mi 9T

Seperti yang diwar-warkan diinternet sebelum ini, model MI 9T merupakan nama lain bagi Redmi K20 yang sedia diperkenalkan terlebih dahulu di China Mei lalu. Imbas kembali kelengkapan yang diberikan pada K20, ia didatangkan dengan Snapdragon 730, tiga kamera belakang dengan lensa 48MP+ 13MP+8MP, kamera hadapan terangkat 20MP,  bateri berkapasiti 4000mAh bersama-sama pengecasan pantas 18W.

Isian kuasa bateri pula dibuat melalui port pengecasan USB-C dan bahagian memori RAM 6GB dengan storan pilihan antara 64GB serta 128GB. Harga Redmi K20 untuk pasaran China ditetapkan pada 1999 yuan (~RM1213) hingga 2099 yuan (~RM1274). Pastinya ramai peminat Xiaomi tempatan tidak senang duduk melihat kepada harga tersebut. Diharapkan tanda harga lebih kurang sama dapat diberikan untuk pasaran kita.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY