Xiaomi Mi 9 Pro 5G Dijangka Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung

Baru-baru ini Xiaomi telah mengesahkan dua peranti mercu terbarunya iaitu Xiaomi Mi 9 Pro 5G dan Mi mix 4 5G akan dilancarkan pada 24 September ini. Pada hari ini, Pegawai Penjenamaan Xiaomi Cici Wei telah memuatnaik satu poster "teaser" yang menunjukkan Xiaomi Mi 9 pro 5G akan hadir dengan skrin lengkung.



Poster berkenaan mempunyai tulisan bahasa mandarin yang bermaksud " Xiaomi Mi 9 Pro (5G) Yang Laju Bukan Saja 5G, Ada Lagi ___?.

Dalam poster berkenaan juga turut memaparkan Skrin hadapan sebuah peranti yang melengkung dan dijangka Xiaomi Mi 9 Pro 5G juga bakal hadir dengan skrin melengkung.

Terdapat satu lagi pendedahan dari TodoTech20.com yang mendedahkan beberapa gambar menunjukkan sebuah peranti yang mempunyai skrin melengkung dan dijangka peranti tersebut ialah Mi 9 Pro 5G.





Xiaomi Mi 9 Pro dijangka hadir dengan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 855+ bersama dengan modem Qualcomm X50 5G dan bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Mi Charge Turbo 30W dan mempunyai tiga kamera utama di bahagian belakang peranti.

Mungkin akan ada lagi pendedahan yang lain dalam masa terdekat ini sebelum berlangsungnya majlis pelancaran Xiaomi Mi 9 Pro 5G dan Xiaomi Mi Mix 4 5G pada minggu hadapan.

sumber:gsmarena