Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_002 (1)

Xiaomi Mi 9 Pro 5G Dijangka Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung

Diterbitkan September 18, 2019 ยท Dikemas kini September 18, 2019 oleh irfan suhaimee

Baru-baru ini Xiaomi telah mengesahkan dua peranti mercu terbarunya iaitu Xiaomi Mi 9 Pro 5G dan Mi mix 4 5G akan dilancarkan pada 24 September ini. Pada hari ini, Pegawai Penjenamaan Xiaomi Cici Wei telah memuatnaik satu poster “teaser” yang menunjukkan Xiaomi Mi 9 pro 5G akan hadir dengan skrin lengkung.

gsmarena_001 (2)

Poster berkenaan mempunyai tulisan bahasa mandarin yang bermaksud ” Xiaomi Mi 9 Pro (5G) Yang Laju Bukan Saja 5G, Ada Lagi ___?.

Dalam poster berkenaan juga turut memaparkan Skrin hadapan sebuah peranti yang melengkung dan dijangka Xiaomi Mi 9 Pro 5G juga bakal hadir dengan skrin melengkung.

Terdapat satu lagi pendedahan dari TodoTech20.com yang mendedahkan beberapa gambar menunjukkan sebuah peranti yang mempunyai skrin melengkung dan dijangka peranti tersebut ialah Mi 9 Pro 5G.

Xiaomi Mi 9 Pro 5G Dijangka Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung

Xiaomi Mi 9 Pro 5G Dijangka Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung

Xiaomi Mi 9 Pro dijangka hadir dengan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 855+ bersama dengan modem Qualcomm X50 5G dan bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Mi Charge Turbo 30W dan mempunyai tiga kamera utama di bahagian belakang peranti.

Mungkin akan ada lagi pendedahan yang lain dalam masa terdekat ini sebelum berlangsungnya majlis pelancaran Xiaomi Mi 9 Pro 5G dan Xiaomi Mi Mix 4 5G pada minggu hadapan.

sumber:gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY