Ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 710, skrin bersaiz 6.39 AMOLED FullHD+ dan bateri 4,030mAH. RAM 6GB berserta 2 pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB. Terdapat 3 kamera belakang 48MP utama, 8MP ultralebar, dan 2MP depth. Manakala kamera swafoto pula bersaiz 32MP dengan AI.
Selain itu, ia menyokong cap jari dalam skrin, pengecasan pantas 18W, NFC, serta pemancar infra merah. Di belakang peranti terdapat logo Xiaomi yang menyokong pelbagai warna LED selain bertindak sebagai cahaya notifikasi.
Xiaomi Mi 9 Lite dijual pada harga RM1199 untuk versi 6/64 GB dan RM1299 untuk versi 6/128 GB dalam warna pilihan Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey.
Untuk meraikan ketibaan Xiaomi Mi 9 Lite, Xiaomi Malaysia dengan kerjasama Hermo MY akan mengadakan promosi khas pada 1 November nanti. Setiap pembelian Mi 9 Lite, anda akan mendapat percuma baucer Hermo bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk membeli barangan mereka.
Promosi ini adalah sah untuk gudang Mi seluruh Malaysia seperti yang berikut:
- Mi Store Bukit Tinggi (Klang)
- Mi Store One Utama (Klang Valley)
- Mi Store Mid Valley (Klang Valley)
- Mi Store KLCC (Klang Valley)
- Mi Store Pavilion (Klang Valley)
- Mi Store D’Pulze (Cyber Jaya)
- Mi Store Aman Central (Kedah)
- Mi Store Sunway Carnival (Seberang Perai, Penang)
- Mi Store Queensbay Mall (Penang)
- Mi Store Ipoh Parade (Ipoh)
- Mi Store Suria Sabah (Sabah)
- Mi Store The Spring (Bintulu)
- Mi Store Mid Valley South Key (JB)
- Mi Store KB Mall (Kelantan)
- Mi Store Kuantan City Mall (Kuantan)
Berkaitan
- Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690
- Xiaomi Akan Perkenalkan Produk Ekosistem Baharu Pada 15 Julai - Antaranya Mi Band 5 Dan Skuter Elektrik
- Xiaomi Mi 10 Ultra Bakal Hadir Dengan Sokongan Zum 120X Dan Rekaan Belakang Lutsinar
- Polis Bantuan Di KTMB Dilengkapi Helmet Pengimbas Suhu Untuk Kesan Penumpang Bergejala Covid-19
- Sony Xperia 5 II Pula Ditawarkan Berharga RM4,099 Di Malaysia
- Siri OPPO Reno5 Dilancarkan Di Malaysia Bermula RM1,899 - MediaTek Dimensity 1000+, 90Hz OLED, Kuad Kamera 64MP
- CAAM Ingatkan Permit Diperlukan Jika Mahu Terbangkan Dron, Tertakluk Kepada Semua Pengguna Di Malaysia
- iPhone 12 Dan 12 mini Dilengkapi 4GB RAM, Model iPhone 12 Pro Pula Lebih Besar Dengan 6GB
- OPPO Watch Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM899
- Siri Xiaomi Redmi Note 11 Dilancarkan - 4 Variasi Model, Cip Lebih Berkuasa, Kamera Lebih Power