Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin

Xiaomi Mi 8 merupakan antara model flagship paling berjaya yang dihasilkan oleh syarikat dari China berkenaan. Ia menyebabkan lebih banyak pihak tertunggu-tunggu akan kehadiran "pewaris"-nya, Mi 9.

Menghangatkan lagi perkara ini, satu imej konsep model tersebut telah dihasilkan oleh pentiris terkemuka, Venya Geskin.

Kapsyen: Kredit: @VenyaGeskin1


Melihat pada imej berkenaan, Mi 9 dikatakan akan hadir dengan sistem imbasan cap jari selain kamera utama tiga lensa. Bagaimanapun, ia masih lagi mengekalkan rekaan takuk tetapi lebih kecil berbanding Mi 8.

Menurut @VenyaGeskin1 lagi, model itu berkemungkinan besar dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 855(8150), memori sehingga 10GB RAM, pengecasan pantas baharu dan sokongan sambungan 5G.

Walaupun ia hadir daripada pentiris yang dipercayai, suka diingatkan bahawa imej ini masih lagi di peringkat konsep. Produk akhir kelak mungkin tidak seluruhnya sama dengan imej yang dihasilkan.

 

Sumber: VenyaGeskin1