Xiaomi Mi 8 Terima MIUI 10 Dengan Android Pie Beserta Kemaskini Pada Kamera

Xiaomi Mi 8 boleh dikatakan antara telefon berprestasi tinggi dan kamera berkualiti dengan harga terbaik sepanjang tahun ini. Selain itu, satu model istimewa di bawah siri ini, Mi 8 Explorer Edition juga berjaya menarik perhatian pengguna dengan rekaan luarannya.

Kedua-dua model berkenaan kini sedang menerima kemaskini MIUI 10.1.2.0 baharu secara berperingkat. Dengan penerimaan itu, ia juga bermakna peranti tersebut kini akan dijalankan dengan sistem Android 9 Pie.



Selain itu, kemaskini berkenaan juga akan memberi penambahbaikan kepada sistem kamera peranti apabila ia kini boleh membuat rakaman gerak perlahan pada kualiti 960fps serta sokongan fungsi Night Mode bagi tangkapan semasa cahaya rendah.

Bagaimanapun, kemaskini ini hanya tersedia bagi pengguna di China sahaja buat masa sekarang. Pengguna di negara lain perlu menunggu lebih lama untuk menerima kemaskini tersebut.

 

Sumber: Gizmochina