Xiaomi Mi 7 Bakal Memakai Takuk Menurut Fail Firmware

Xiaomi Mi 7 merupakan peranti yang ditunggu-tunggu oleh peminat telefon pintar bajet kerana ia antara peranti terawal yang disebut akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 845.

Butiran lain mengenai peranti utama Xiaomi untuk tahun ini tidak banyak diketahui selain dari panel OLED yang bakal digunakan oleh peranti tersebut. Dengan kebanyakkan peranti dari pengeluar China mula mengikut jejak Apple menambah takuk ke dalam peranti masing-masing, ramai menjangkakan Xiaomi juga tidak terkecuali untuk berbuat demikian.

Menurut XDA Developer, pelancaran Mi 7 dilambatkan adalah untuk menambah beberapa sensor dan mungkin rupa keseluruhan peranti. Mereka juga mempunyai bukti kukuh yang peranti tersebut mempunyai notch hasil dari fail firmware yang tertiris.

Paparan



Kod pengaturcaraan MIUI yang tertitis mendedahkan yang ia menyokong fungsi peranti yang mempunyai takuk. Kod tersebut menerangkan fungsi melibatkan perubahan ketinggian palang dan kebolehan untuk mengubah indikator bateri.

Kamera InfraRed



Kod di atas menerangkan pula fungsi yang terdapat di dalam MIUI Keyguard app yang bertanggungjawab dalam sistem nyahkunci peranti. Terdapat satu fungsi baru yang dipanggil openIRCamera yang selalu digunakan dalam fungsi MIUI Face Unlock yang digunakan oleh peranti Xiaomi seperti Redmi 4X. Jadi besar kemungkinan perkakasan kamera InfraRed akan digunakan oleh peranti flagship Xiaomi seterusnya.