Xiaomi Mi 6X Menggunakan Cip SoC Snapdragon 660

Xiaomi bakal mengeluarkan peranti kelas pertengahan mereka iaitu Mi 6X. Ia bakal dipacu dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 660, cip kelas pertengahan paling berkuasa dari Qualcomm.

Spesifikasi ini dapat dilihat dari kotak yang dipercayai akan memuatkan peranti Xiaomi Mi 6X yang akan dijual nanti.



Xiaomi bukan secara eksklusif hanya menggunakan cip pemprosesan Qualcomm untuk peranti kelas pertengahan mereka kerana sebelum ini mereka pernah menggunakan cip pemprosesan dari pengeluar lain seperti MediaTek dan juga cip dari mereka sendiri iaitu Surge.

Xiaomi Mi 6X akan dilancarkan pada 25 April ini di China dan akan menampilkan tetapan dwi-kamera dan sistem operasi Android 8.1 Oreo dari dalam kotak.