Xiaomi Mi 5s Dilancarkan 27 September Ini







Xiomi secara rasminya akan mengumumkan pelancaran Xiaomi Mi 5s  pada 27 September ini. Ianya dijangka memiliki 5.15 inci paparan skrin sentuh dengan 1080 pixel. Pemproses dijangka mengunakan Snapdragon 821 bersama RAM LPDDR4 3GB dan mempunyai ruang storan/memori dalaman sebanyak 64GB. MicroSD sudah tentu.



Laporan juga mengatakan kemungkinan besar Xiaomi akan melancarkan juga peranti kedua dengan RAM 4GB dan 128 GB memori dalaman. Ianya juga mungkin memiliki 16 Mega-pixel dwi-kamera di bahagian belakang bersama 4-axis OIS.PDAF dan mempunyai aperture f/1.8. Khabar angin juga mengatakan peranti ini akan memiliki kapasiti bateri yang agak besar iaitu sebanyak  3490mAh bersama teknologi Quick-Charge 3.0. Sama sama kita nantikan.