Xiaomi Mi 5C Bersama Cip Pemproses Sendiri Pinecone Surge S1 Diperkenalkan

 

Harini Xiaomi telah mengumumkan Mi 5C sebuah telefon pintar pertama keluaran Xiaomi yang memiliki cip pemproses sendiri iaitu Pinecone Surge S1. Mi 5C dilihat telefon kelas pertengahan yang lebih murah berbanding Mi 5 sebelum ini.

151523c574dqquq5fq2qs7.jpg.thumb

Mengikut harga rasmi dari Xiaomi, Mi 5C akan dijual pada harga RM 970 tidak termasuk cas tambahan dan sebagainya. Ianya mempunyai saiz ukuran (144.4 x 70.7 x 7.1 mm) dan paparan skrin berukuran 5.15 inci, dijalankan dengan sistem operasi Android Nougat 7.1.

151517gq551wq1qw1x12zm.jpg.thumb

Xiaomi Mi 5C dimuatkan dengan RAM 3GB bersama storan dalaman 64GB dan bateri bersaiz 2860 mAh. Dari segi kamera pula, peranti ini mempunyai sensor kamera 12-Megapixel untuk kamera utama manakala 5-Megapixel untuk amera hadapan.

150743i4rfs4hgtfvtrlls.png.thumb

Sumber