Xiaomi Mi 5C Alternatif Kepada Mi 5S Dengan Harga Yang Lebih Murah

Meengikut laporan dari beberapa laman web dari China, Xiaomi telah bersedia untuk  pelancaran Xiaomi 5c yang dijadualkan berlangsung pada hari selasa,6 Desember ini. Pelancaran peranti baru dari Xiaomi ini sudah semestinya akan diadakan di China. Xiaomi 5s pada ketika ini dijual pada pasaran pada harga CNY 1,900 .Di Malaysia peranti ini berharga RM1,549. Kami sendiri belum dapat mengesahkan harga rasmi di Malaysia namun, untuk model 5C pula dijangkakan ianya akan berharga separuh dari model 5S.

gsmarena_002

Seperti model 5S, Xiaomi Mi 5C ini akan datang dengan dua versi iaitu 5.2 inci dan 5.5 paparan skrin. Namun spesifikasi dalam pula adalah berlainan. Xiaomi Mi 5C ini sudah tentu tidak dipadatkan dengan spesifikasi yang tinggi jika dilihat dengan harganya. Ianya bakal mempunyai pemproses ciptaan Xiaomi sendiri yang diberi nama Pinecome. Ini adalah merupakan pertama kali Xiaomi mengetengahkan pemproses mereka sendiri di dalam peranti mereka. Sebelum ini, Xiaomi menggunakan pemproses seperti Qualcomm dan MediaTek.

Pinecome dijangka akan dibina dengan pemproses octa-core yang dijalankan pada 2GHz. Model 5C ini juga bakal ditampilkan dengan 3GB RAM dan 64GB storan. Kamera utama Xiaomi Mi 5C ini mempunyai sensor sebesar 12-megapixel dan kamera selfie pula adalah 8-megpixel.