Xiaomi Mi 5 & Redmi Note 3 Bakal Terima Kemaskini Terakhir, Tiada Lagi Sokongan Selepas Ini

Xiaomi bukan sahaja terkenal dengan penawaran peranti berprestasi tinggi pada harga mampu milik, malah mereka juga sering dipuji kerana masih mengekalkan sokongan kemaskini kepada model-model lama mereka.

Bagaimanapun, mahu atau tidak, sokongan itu pasti akan terhenti juga pada satu masa. Itulah yang bakal dihadapi oleh pemilik dua model Xiaomi, Mi 5 dan Redmi Note 3 tidak lama lagi.

Kapsyen: Trusted Reviews


Ini kerana baru-baru ini Xiaomi mengesahakan bahawa model berkenaan akan menerima kemaskini terakhir mereka(MIUI 10.2) sebelum sokongan terhadapnya akan dihentikan selepas itu.

Beberapa bulan yang lalu, Xiaomi juga telah menghentikan sokongan perisian terhadap Mi 4 yang mana MIUI 10.1 adalah kemaskini terakhir yang diterima.

Bagaimanapun, beberapa pemilik dua peranti ini berasa tidak berpuas hati mengenai pengumuman tersebut memandangkan kedua-duanya hanya dilancarkan dua tahun yang lepas(2016).

Kemaskini 10.2 bagi Mi 5 dan Redmi Note 3 dijangka bakal tersedia pada bulan hadapan.

 

Sumber: MIUI Forum via Gadgets360