Terkini, laporan menyatakan Qualcomm sedang membangunkan cip pemproses andalan terbaru yang akan dinamakan sebagai Snapdragon 895. Menariknya, Xiaomi Mi 12 dikatakan akan menjadi peranti pertama yang dimuatkan dengan janaan cip Snapdragon 895 itu.
Pada masa ini, cip Snapdragon 888 menggunakan teknologi 5nm dari Samsung. Ia dijangka akan dilancarkan semula sebagai Snapdragon 895 dengan menggunakan teknologi 5nm yang dipertingkatkan dari segi prestasi dan kecekapan tenaga.
Snapdragon 895 dijangka aan menerima modem Qualcomm X65 5G, serta mempunyai kelajuan maksimum bagi rangkaian 5G yang boleh mencapai sehingga 10Gbps.
Dalam pada itu, Qualcomm turut dilaporkan akan membangunkan cip pemproses andalan terbaru yang bakal dihasilkan dengan menggunakan teknologi 4nm dari TSMC.
Tujuan utama peralihan ini dikatakan berikutan perancangan TSMC yang dijangka akan memulakan pengeluaran besar-besaran proses 4nm menjelang 2022. Sumber turut menyatakan cip Snapdragon dengan proses 4nm ini tidak akan dilancarkan sehingga menjelang 2022.
Sementara itu, Xiaomi Mi 12 dengan Snapdragon 895 dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Xiaomi 13 Dijangka Akan Dilancarkan Sebagai Xiaomi 14, Ini Mungkin Spesifikasi Utama
- Xiaomi 12T Pro Dengan Kamera 200MP Rasmi, Dijual Pada Harga Permulaan RM2699
- Maybank Sahkan Beberapa Perkhidmatan Alami Gangguan Sementara
- Redmi Note 12 Akan Dilancarkan Di China Pada Oktober Ini
- Apple Dijangka Perkenal iPhone 9 Plus, Harga Mampu Milik Dengan Cip A13 Bionic
- iPhone 12 Dilaporkan Mempunyai Masalah Kesan Warna Hijau Pada Skrin
- OPPO Malaysia Bakal Lancar Siri Reno10 Pada Minggu Depan
- Xiaomi Paten Telefon Pintar Skrin Hampir Menyeluruh Dengan Kamera Zoom 108MP
- Tinjauan: Pengguna Lebih Memilih Panel 60Hz AMOLED Berbanding Panel 90/120Hz LCD
- Volkswagen Malaysia Lancar Kedai Jualan Rasmi Di Shopee